Friday, 15 April 2011

PJS PJM SYED AGEEL BIN SYED MOHD MAHAYADIN SEBAGAI IKON ESP DI MELAKA PADA 9HB APRIL, 2011


SYABAS DAN TAHNIAH DI UCAPKAN DARIPADA KAMI 
DI HAYAT NETWORK





TN HJ ISMAIL BIN HJ AHMAD - PENGASAS HPA INDUSTRIES SDN BHD


IKON ESP TERMUDA



-posted by noorul-

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PENGANUGERAHAN HPA PERINGKAT ZON TIMUR

Majlis Perhimpunan Dan Penganugerahan HPA Peringkat Zon Timur di adakan pada 2hb April, 2011 iaitu pada Hari Sabtu. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari. Seluruh Ahli HPA dari Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan datang memenuhi dewan di TER, Kuala Ibai, Terengganu.

Ucapan oleh Timbalan Pengurus Besar HPA Zon Timur, En Ismail Bin Omar
Ucapan Oleh Pengerusi Kelab Pemimpin Timur, PJS Ustaz Ramizu Bin Abdullah
Dendangan 6 Buah Nasyid oleh En Imran daripada Kumpulan Raihan





Terengganu merupakan tuan rumah dan merupakan majlis perhimpunan kali pertama di Zon Timur.Dijangkakan, majlis seumpama ini akan dijadikan majlis tahunan. InsyaALLAH jumpa lagi di tahun depan.

-catatan olh noorul-

MUTIARA HIKMAH

TN HJ ISMAIL BIN HJ AHMAD : PENGARAH URUSAN HPA INDUSTRIES SB

" ISLAM PERLUKAN PEMBANTU DAN DATANGILAH DARI ARAH MANA YANG KAMU MAHU. SESUNGGUHNYA TIDAK PERLU DIRISAUKAN SAMAADA KITA DAHULU ATAU AKHIR. YANG PENTING KITA ADALAH MATA RANTAI YANG MENYAMBUNG PERJUANGAN DARI MASA DENGAN MASA"

-catatan olh noorul-

Thursday, 14 April 2011

MENAMBAH KECINTAAN TERHADAP SANG PENCIPTA YANG MAHA AGUNG


Dalam sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Yazid Bin Ar-Raqqasyi, Banginda Rasulullah SAW Bersabda. " Mari ku kabarkan kepada kalian tentang sesuatu kaum. Mereka bukan Nabi dan bukan Para Syuhada. Akan tetapi, para Nabi dan Syuhada seolah ingin seperti mereka kerana begitu Istimewanya Tempat Mereka Disisi ALLAH. Ya Mereka Berada Di Atas Mimbar Yang Terangkai Dari Cahaya Yang Menjadi Perlambang Mereka".

Siapa gerangan mereka wahai Rasulullah?, tanya sahabat.
"Mereka adalah orang yang gemar membuat ALLAH SWT Cinta kepada Hambanya dan menyeru hamba untuk mencintai ALLAH SWT. Mereka berjalan di muka bumi dengan nasehat-nasehat".

Kami(para sahabat) bertanya lagi,"Kalau menyeru hamba agar mencintai ALLAH, kami mafhum. Bagaimana membuat ALLAH Cinta kepada hambaNya?"
Rasul menjawab,"Mereka mengajak para hamba melaksanakan segala hal yang dicintai ALLAH dan mencegah mereka dari segala yang dibenci ALLAH. Jika mereka patuh, nescaya ALLAH mencintai mereka."
ALLAH SWT mencipta ketaatan sebagai instrumen yang menggiring manusia menuju lebih dekat kepadaNya. Barang siapa di takdirkan untuk berada didekatNya, beerti dia beroleh kemuliaan dan rahmat. Orang serupa ini kelak dilanggengkan di dalam Syurga bersama para hamba pilihanNya. Sebaliknya, ALLAH mencipta maksiat sebagai instrumen yang merenggangkan manusia dariNya. Barang siapa ditakdirkan berjauhan dariNya, dia akan beroleh penyesalan tak berakhir. 

sumber rujukan:pondok habib(fb:14/4/11)

- SUBHANALLAH. MAHA SUCI ALLAH. BEGITU AGUNGNYA SANG PENCIPTA. MENCURAHKAN KECINTAANYA BUAT HAMBANYA YANG MENCINTAINYA -

-catatan olh noorul-

Tuesday, 12 April 2011

MAJLIS PELANCARAN HAYAT NETWORK

HAYAT NETWORK yang di ilhamkan oleh Penaung, PJS PJM Syed Ageel Bin Syed Mohd Mahayadin telah selamat dilancarkan secara rasminya pada Hari Selasa, 18 Januari 2011 bertempat di Wisma Dato' Mansor di Tingkat 1, Cawangan HPA Kuala Terengganu 1. Majlis pelancaran telah di rasmikan oleh PJS PJM Syed Ageel Bin Syed Mohd Mahayadin. Acara pelancaran yang di sambut secara sederhana juga telah di hadiri oleh PJS Salahuddin Bin Ramly. Beliau juga telah menyampaikan satu slot perawatan pada malam tersebut.




TUAN HABSHAH BT SAYED ALI, JUALAN DAN PENAJAAN KEDUA TERBAIK

USTAZAH ZABIDAH BT MAT ADAM, JUALAN DAN PENAJAAN TERBAIK

CIKGU AIANI BT MUDA, PENGGUNA HERBA TERBAIK

CIK ROZIAH BT MOHD YUSOF, MAINTAIN 100 NM TERBAIK






HAYAT NETWORK masih baru di persada Dunia Perniagaan HPA dan masih banyak perkara yang perlu di pelajari dan di tempuhi. Harapan adalah amat besar agar semua ahli dapat meneruskan langkah menggunakan produk halalan toyibbah keluaran HPA yang mana secara tidak langsung telah membantu meningkatkan lagi ekonomi diri dan keluarga serta ekonomi umat Islam secara keseluruhannya. Sudah masanya kita menyakini produk keluaran kita sendiri yang bermutu dan berkualiti serta bebas daripada unsur-unsur syubhah iaitu babi.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Rangkaian Hayat Network yang telah hadir dalam program pelancaran ini. Didoakan semuanya sukses dalam HPA dan terus melangkah dengan pasti. Tidak jemu untuk terus memperkenalkan HPA kepada mereka yang belum menyertai HPA di luar sana. InsyaALLAH.

Jutaan terima kasih juga kepada PJS PJM Syed Ageel Bin Syed Mohd Mahayadin di atas segala tunjuk ajar serta ilmu yang di curahkan kepada Rangkaian HAYAT NETWORK. Bimbingan serta tunjuk ajar amat di perlukan bagi tujuan HAYAT NETWORK terus kukuh dan gah sehingga ke peringkat antarabangsa. InsyaALLAH

Terima kasih juga di tujukan kepada rakan-rakan HPA yang lain yang turut hadir bagi memeriahkan lagi pelancaran ini. InsyaALLAH jalinan ukhuwah akan berterusan dan kukuh dalam kebersamaan di mana-mana program yang di anjurkan sama ada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

Akhir kata, semoga semuanya berjalan lancar dan sentiasa mendapat keberkatan ALLAH dalam perjuangan ini dan terus istiqamah. InsyaALLAH.

Wallahhu'alam.
Wassalam.

-catatan olh noorul-