KEMBALIKAN KEREMAJAAN KULIT
Masih ingat lagi zaman sewaktu kulit kita bersih tanpa kedutan?Kulit begitu lembut, fleksibel dan cantik. Lama kelamaan garis-garis halus mulai terbentuk terutamanya di tepi mata, pertengahan kening dan juga garisan senyum. Sebenarnya semua ini berpunca daripada kolagen iaitu bahan yang selama ini menyokong kulit agar sentiasa muda dan licin. Apabila usia meningkat, kolagen mulai menyusut dan menghilang dan seterusnya kulit kita kekurangan sokongan dan terbentuklah kedutan serta kulit semakin hilang keanjalannya.
Kolagen & Elastin
Dua Unsur Penting Untuk Kulit Cantik
Kolagen dan Elastin adalah dua jenis protein yang sangat penting untuk menghasilkan kulit yang tegang, licin dan sihat. Kedua-dua unsur ini bergabung untuk membentuk kulit yang kuat. Semasa usia masih muda remaja, kedua-dua protein ini memberi kesan yang luar biasa. Namun, apabila tubuh semakin berusia, kesannya akan berkurangan. Ditambah pula dengan pendedahan yang berpanjangan kepada cahaya matahari, asap dan juga pencemaran, tubuh akhirnya tidak mampu menghasilkan kolagen dan elastin secukupnya. Oleh kerana itulah kulit kita mengalami kedutan dan garis-garis halus.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan minuman kolagen ini? Cecair hidro kolagen sangat penting kerana ia memberikan kebaikan kepada rambut, kuku, ligamen, urat tendon dan juga tulang. Kebanyakan produk minuman kolagen ini telah dihasilkan dalam pelbagai perasa untuk disesuaikan dengan kehendak pengguna yang berbeza-beza. Selain asid amino, vitamin seperti "Proline", "Glycine", "Arginine" dan juga "Hydroxyproline" turut terkandung di dalam cecair kolagen ini. Oleh sebab kolagen semakin menyusut dari tubuh, ia akan mengurangkan kesan proses ini dengan menggantikan asas kolagen dan menghasilkan protein yang boleh diserap oleh tubuh.
Minuman Kolagen Bantu Turunkan Berat Badan
Selain mengembalikan keremajaan kulit, minuman kolagen juga boleh dijadikan sebagai suplemen diet. Kebaikannya boleh dilihat daripada kemampuannya menggantikan kehilangan kolagen di dalam tubuh. Apabila ia digabungkan dengan rutin senaman yang berkesan, suplemen ini mampu mengurangkan berat badan. Bahkan ia juga membantu mengawal selera makan.
Kolagen Dalam Bentuk Gel Dan Krim
Selain dihasilkan dalam bentuk minuman, kolagen juga boleh dijadikan dalam bentuk gel dan krim. Oleh yang demikian, harganya juga berbeza-beza.Apapun, kebanyakan suntikan, krim dan losyen yang mengandungi kolagen sebenarnya tidak cukup untuk memberikan kulit yang lembut dan tegang. Kesannya hanya bersifat sementara. Cara terbaik yang kita boleh lakukan ialah dengan mengamalkan minuman kolagen. Pilihlah jenama yang mempunyai rumusan semulajadi yang mampu membantu tubuh menghasilkan tahap kolagen dan elastin yang tinggi. Pengambilan sebanyak 5000mg kolagen sehari sudah mencukupi.

Boleh tempah soy collagen kat sini..Tk
ReplyDelete